
hai my all lovely frenz.....ape cer korang dengan exam skrg??projek korang ok ka???bro bukannya ape kdg tekanan gak mcm nk reban kepala kepala hotak nih...tp bila bro fkr xdenya org mati blaja bro rs ok skit...ape2 pun bro nk kita semua tabah n brusaha wat yg terbaik x lm lg nk final dh n kita semua akn berpisah bw haluan masing2.....anyway korang komen la skit kat bro yg tgh tension nih mcm korang gak kn.....adios......=)
Sunday, November 16, 2008
aduhhh......sakit kepala la..
Posted by kedah_boy at 3:18 AM
Tuesday, November 11, 2008
kawin lambat???ermmmm....susah 2 beb!!!!
Pendidikan tinggi, kerjaya hebat dan pendapatan besar adalah punca utama menyebabkan golongan muda di negara ini memilih untuk berkahwin lewat tanpa menyedari perbuatan itu memberi kesan terhadap sistem demografi dan kesihatan.Fenomena kahwin lewat adalah antara isu berkaitan golongan penduduk muda yang sedang diberi tumpuan. So rakan2 korang cuba la fkr skit patut ka kawin lewat nih???cuba komen skit kat bro.....orait!kita terjah ok......zaass......
Posted by kedah_boy at 6:38 AM
Monday, November 10, 2008
ape cer lari umah ni dik???zasss....
Remaja lari dari rumah merupakan satu masalah yang baru di kalangan masyarakat kita hari ini. Masalah ini menjadi satu gejala yang begitu sukar untuk dibendung malah semakin berleluasa di kalangan anak-anak mahupun pelajar sekolah. Walaupun pelbagai langkah telah diusahakan oleh pihak-pihak tertentu namun masalah ini tetap berlaku. Terdapat pelbagai punca yang membawa kepada berlakunya masalah ini. Antaranya ialah terpengaruh dengan rakan sebaya. Kebanyakan pelajar terikut-ikut dengan perangai rakan karib mereka. Seandainya rakan mereka suka berfoya-foya mala mereka cukup mudah untuk turut berfoya-foya bersama rakan-rakan tanpa memikirkan kesan baik dan buruknya. Rakan karib yang sering pulang lewat alan mempengamhi mereka untuk turut pulang lewat. Begitu juga sekiranya rakan karibnya lari dari rumah mereka alan mengikutinya.
Antara punca lain berlakunya gejala ini ialah kurangnya pegangan agama di kalangan mereka yang terlibat. Agama memainkan peranan penting dalam mendidik dan mengajar seseorang itu menjadi nanusia yang berguna. Agama Islam khususnya, melarang penganutnya mengingkari dan meninggalkan ibu bapa sewenang-wenangnya. Sesetengah ibu bapa yang tidak mempunyai pegangan agama gagal mendidik anak mereka mentaati ajaran agama, justeru apabila berlaku masalah ini, mereka begitu mudah meninggalkan keluarga mereka. jd kpd adik2 yg di luar sana 2 bro nk kasi tau la korang jgnla wat keja yg x elok nih cian mak ayah kat umah 2....kpd kekwn bro xreti2 lg ker nk komen ni....wacca....
Posted by kedah_boy at 6:00 AM 2 comments
Wednesday, November 5, 2008
nasib guru kita.....
MASIH dianggap isu panas, kes disiplin pelajar yang semakin melampau seolah-olah tiada kesudahan apatah lagi pelbagai berita negatif membabitkan golongan itu dipaparkan media sejak kebelakangan ini.
Insiden guru dipukul, dicerca, diugut dan dimaki golongan pelajar bermasalah kini menjadi senario biasa hingga menjejaskan kredibiliti guru sekali gus menjatuhkan maruah golongan itu.
Masyarakat turut menyelar tindakan pelajar terbabit . Bagaimanapun, timbul persoalan, adilkah jika terus bersikap menyalahkan pelajar tanpa melihat mengapa mereka bertindak di luar batasan?
Benarkah isu berkaitan disiplin berpunca daripada pelajar semata-mata manakala guru terkecuali?
Bagaimana pula nasib pelajar yang sukar mendapat pembelaan berbanding guru apabila tercetusnya konflik begini?
Bukan mahu mencipta polemik, sikap masyarakat yang suka menjatuhkan hukuman terlalu awal juga menyumbang faktor pelajar memberontak.
Pro Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjung Malim, Perak, Tan Sri Dr Yahaya Ibrahim, berkata isu berkenaan wajar ditangani secara berhemah, mengikut pertimbangan wajar serta tidak terlalu mengikut perasaan hingga merugikan kedua-dua pihak.
Menurutnya, masalah disiplin suatu yang normal dan kewujudan konflik antara guru-pelajar tidak dapat dielakkan kerana perbezaan budaya, pemikiran, usia dan zaman.
"Isu ini bukan isu luar biasa kerana sejak dulu masalah disiplin sudah ada. Persoalannya sejauh mana seriusnya masalah itu dan bagaimana pihak terbabit cuba menanganinya?
"Martabat guru tinggi dan pelajar wajar menghormati kedudukan itu. Konflik timbul disebabkan faktor perbezaan budaya, sosial dan pemikiran menyebabkan satu golongan tidak boleh menerima yang lain.
"Bagaimanapun, itu bukan alasan menghukum sesuka hati sebaliknya perlu ditangani menggunakan kaedah yang praktikal bagi mengelak mana-mana pihak menanggung kerugian," katanya.
Semua pihak kesal kerana isu disiplin pelajar tidak pernah selesai atau berkurangan. Malah, akhir-akhir ini bukan saja membabitkan perbalahan konflik emosi, tapi juga penggunaan fizikal.
Meskipun pelbagai cara diambil bagi menanganinya termasuk kaunseling, rotan atau buang sekolah, usaha itu masih gagal sebaliknya tindakan pelajar semakin melampau.
Manakala guru pula menggunakan sokongan sedia ada untuk mempertahankan tindakan sehingga melebarkan jurang sedia ada.
Mengulasnya, Dr Yahaya berkata tindakan pelajar itu boleh dikategorikan sebagai kurang ajar, namun masyarakat tidak boleh membuat tuduhan melulu dan menjatuhkan hukuman sesuka hati tanpa mengetahui kebenarannya.
"Sikap masyarakat yang suka membuat tuduhan tanpa mengetahui kebenaran boleh memburukkan keadaan. Saya cadangkan kedua-dua pihak bersemuka bagi memberi peluang mereka bersuara.
"Negara kini mempunyai jumlah pelajar dan guru cukup besar, tapi kes membabitkan disiplin serius hanya membabitkan segelintir pihak. Ini menunjukkan hanya peratusan kecil tidak mengikut peraturan.
"Guru perlu menggunakan budi bicara menanganinya secara berhemah, cuma jika membabitkan keselamatan atau maruah, mereka perlu meminta bantuan pihak ketiga," katanya.
Ditanya jika masalah ini sengaja diprovokasi pihak tertentu dengan menjadikan pelajar sebagai mangsa, beliau tidak bersetuju, malah menegaskan isu berkaitan pendidikan tidak boleh dipermainkan.
Menurutnya, sebagai sebuah institusi yang menjana ilmu bagi melahirkan pemimpin masa depan, pendidikan perlu bersifat telus dan tidak menjadikan sesiapa sebagai korban.
"Masalah ini bukan sengaja diperbesarkan. Ia hanya berkaitan pertentangan sesuatu aspek hingga mencetuskan konflik guru-pelajar yang sewajarnya ditangani segera.
"Malah, konflik ini jika ditangani dengan baik, ia akan mewujudkan perhubungan lebih harmoni dan mantap. Justeru, elak membangkitkan isu menyentuh sensitiviti sesiapa," katanya.
Berkaitan hukuman berat dikenakan terhadap pelajar bermasalah, beliau berkata tindakan itu ada pro dan kontra.
"Ada dua situasi perlu dilihat, jika pelajar terbabit sudah insaf dan berjanji untuk berubah, mengapa tidak memberi peluang?
"Bagaimanapun, jika sudah diberi peluang, mereka melakukan tingkah laku sama, hukuman paling berat perlu dilaksanakan.
"Bagaimanapun, saya percaya setiap masalah ada jalan penyelesaiannya dan pihak yang terbabit perlu menggunakan budi bicara supaya tidak merugikan sesiapa," katanya.
"so kita dpt lihat n mnilai kejadian yg x patut berlaku pada zmn skrg....korang fkr la tanpa guru sapa la kita nih ok..nk knl a,b,c pun blum tentu lg tanpa diaorg nih.korg fkr la sendiri assalamualaikum....."
Posted by kedah_boy at 6:43 AM 1 comments
Monday, November 3, 2008
ipt oh ipt.....
IBU BAPA terlalu ghairah mahu anak mereka memasuki institusi pengajian tinggi (IPT) awam atau swasta kononnya lebih berstatus berbanding institusi kemahiran atau teknikal.
Namun, mereka lupa lambakan graduan IPT awam atau swasta setiap tahun menyebabkan berlaku pengangguran membimbangkan di kalangan graduan.
Justeru, jika sebelum ini ibu bapa berlumba-lumba mahu anak melanjutkan pengajian ke universiti, cuba ubah mentaliti itu.
Masih belum ada jaminan peluang kerjaya cerah jika keluar sebagai graduan universiti kerana majikan kini bersikap lebih selektif.
Bukan saja kelayakan diambil kira malah kebanyakan mencari tenaga kerja berkemahiran meskipun tidak mempunyai keputusan cemerlang.
Mengakuinya, Ketua Pegawai Operasi Akademi Binaan Malaysia (ABM), Wilayah Utara, Ir Zainol Abdin Ishak, berkata meskipun kelayakan adalah asas utama, kebanyakan majikan kini semakin mempercayai keupayaan pelajar dilahirkan institusi kemahiran.
Menurutnya, perbezaan taraf kelayakan bukan lagi menjadi isu utama kerana majikan lebih mementingkan kualiti, keupayaan dan kemampuan tenaga kerja diambil bagi memastikan sasaran perniagaan mampu dicapai.
"Boleh dikatakan kebanyakannya lebih menumpukan pada kemahiran.
"Tidak lagi wujud diskriminasi, pandangan rendah atau kelas kedua pada pelajar institusi kemahiran malah ada segelintirnya lebih laku di pasaran kerjaya.
"Senario ini sewajarnya mampu membuka pandangan masyarakat dan ibu bapa supaya mengubah mentaliti sebelum ini. Tidak bermakna jika gagal masuk universiti, masa depan gelap," katanya.
Pandangan skeptikal masyarakat terhadap bidang kemahiran bukan baru malah sering disogokkan bidang itu hanya untuk mereka yang gagal.
Manakala ibu bapa dan masyarakat pula sering menganggap anak yang gagal dalam peperiksaan atau tidak belajar di universiti sebagai tidak berjaya dan tidak mempunyai masa depan.
Dalam menanganinya, Zainol berpendapat, ibu bapa dan masyarakat perlu membuka minda dan melihat kebaikan bidang itu dari sudut berbeza seperti kepentingannya dalam melaksanakan tugas separa profesional.
Menurutnya, peningkatan permintaan sektor kerjaya seperti industri perkilangan, automotif dan pembinaan terhadap pelajar lulusan kemahiran sudah membuktikan kecemerlangan mereka meskipun bukan dari segi akademik.
"Bukan bererti graduan yang dilahirkan di universiti atau kolej tidak bagus namun skop kepentingan dalam sesuatu bidang kerjaya perlu diambil kira. Contohnya dalam industri automotif, ada jurutera tapi siapa pula yang membantu dalam aspek pemasangan berbentuk separa teknikal.
"Justeru, tidak benar pelajar kemahiran tiada masa depan. Yang penting, mereka mahu berusaha dan membuat persediaan awal. Jika sudah tiada minat belajar, cari alternatif lain berdasarkan minat.
"Saya percaya, pelajar ini memang berbakat dalam aspek kemahiran berbanding akademik," katanya.
Beliau berkata, tanggapan pusat latihan kemahiran bertaraf kampung wajar dikikis kerana piawaian diperolehi sudah mendapat pengiktirafan.
Penawaran pelbagai kursus yang diwujudkan bagi menampung permintaan pelbagai cabang kerjaya juga menjadi bukti pusat latihan kemahiran mempunyai peranan besar menyumbang pada ekonomi sesebuah negara.
"Walaupun kebanyakan pelatih lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), hasil daripada kursus diikuti mampu memberi penawaran kerja.
"Justeru, jangan mudah melabelkan golongan ini dengan tanggapan negatif sebaliknya mengiktiraf sumbangan mereka dalam menjana pembangunan negara.
"Lebih membanggakan apabila peratus pengangguran dikalangan pelajarnya rendah berbanding siswazah lepasan universiti," katanya.
Ketua Bahagian Teknologi Plastik Institut Latihan Perindustrian (ILP), Jitra, Kedah, Ir Mohammad Jefri Jaafar, berkata peningkatan permohonan untuk melanjutkan pengajian dalam bidang kemahiran menunjukkan masyarakat semakin yakin dengan kemampuan institusi itu.
"Dulu, sambutannya dingin, bagaimanapun kesedaran sudah semakin meningkat meskipun ada juga yang masih sukar mengikis tanggapan itu.
"Tidak kira di institusi mana kita belajar asalkan mempunyai jaminan masa depan," katanya.
Kesimpulannya korang fikirla sendiri ok =) Assalamulaikum.....komen la beb....
Posted by kedah_boy at 4:00 AM 0 comments
Sunday, November 2, 2008
- nie pic aku ms kat Pahang di Pantai....time ni aku g wat praktikal dgn company LI aku ler...sempat gak la aku pose penat gak beb g pahang coz aku pun kenaq drive van.hehehe tp tmpt dia best2 gak also Quantan towN....=)
Posted by kedah_boy at 6:00 AM 0 comments

